Wasiat Yang Mengelirukan!!!

Pada satu malam di kala hamba membaca al-quran di makam Rasulullah, selepas membaca hamba letih lalu tertidur. Di dalam tidur hamba bermimpi di mana Rasulullah mendatangi hamba lalu bersabda:
“Dalam 60,000 orang di dunia di zaman ini, tiada seorang pun yang matinya di dalam keadaan beriman. Isteri-isteri tidak lagi mendengar kata-kata suami, ramai yang tidak berzakat dan tidak lagi membuat kebajikan. Oleh itu Sheikh Ahmad hendaklah kamu menyedarkan orang-orang ini supaya membuat kebajikan, kerana hari penghabisan (kiamat) akan tiba, yang mana semua bintang-bintang akan terbit dari langit, sesudah itu pintu (taubat) akan tertutup, tulisan di-dalam al-quran akan hilang dan matahari turun dekat di atas kepala”.
Pesanan hamba ini
Berselawatlah untuk jujungan kita Nabi Muhamaad s.a.w, bertaubatlah dengan segera sementara pintu taubat masih terbuka. Sembayanglah jangan ditinggalkan, keluarkan zakat, berpuasalah dan tunaikan haji jika mampu.
Perhatian
Setelah membaca wasiat ini, maka hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan pada orang lain atau dikirimkan sebanyak 20 keping. Sekiranya ini ada dilakukan anda akan dianugerahi Allah sesuatu niat atau hajat. Dan niat atau hajat anda akan dikabulkan oleh Allah. Kata Sheikh Ahmad lagi, jika apa yang hamba katakan tidak benar, biarlah hamba mati dalam kekufuran dan biarlah tidak dapat perlindungan atau syaffaat daripada Rasulullah s.a.w ( nauzubillah ) Oleh itu hendaklah dituliskan atau dicetak sebanyak 20 keping dan disampaikan kepada orang lain dalam masa dua (2) minggu dan beroleh kebahagian dan kesejahteraan. Lakukanlah ini dengan niat kerana Allah dan ingat apabila anda menerima surat ini, janganlah dibiarkan atau diabaikan.
Untuk maklumat
Seorang saudagar dari Bombay telah menerima wasiat dan beliau kemudiannya mencetak 20 salinan dan mengirimkannya kepada orang lain. Ia kemudian dianugerahkan Allah dengan mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaannya.
Tan Sri Ghazali bekas Menteri Besar secara tidak langsung telah dipecat jawatannya, kerana apabila beliau menerima wasiat ini beliau telah terlupa menulis 20 salinan untuk diedarkan kepada orang lain tetapi beliau telah mula menyedari kesilapan itu lalu beliau mencetak wasiat ini dan terus mengirimkan kepada orang lain dan berapa hari kemudian beliau dilantik menjadi menteri kabinet.
Perdana Menteri Zulfiqar Ali telah menerima wasiat ini dan tidak percaya akan kebenaran dan mengangap ianya palsu lalu dibuangkannya ke dalam bakul sampah. Seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan hukuman mati.
Di Terangganu seorang hamba Allah telah menerima wasiat ini melalui kawannya dari Melaka. Malangnya beliau tidak mengindahkan surat wasiat ini dan mengatakan ianya bohong belaka dan sengaja diadakan untuk menakutkan orang yang membacanya Berapa minggu kemudian beliau mengidap penyakit yang ganjil dan penyakitnya amat menyedihkan. Setelah hampir tiga minggu beliau dirawat di hospital dan malangnya penyakitnya sukar diubati oleh doktor yang merawatnya. Akhirnya baru beliau teringat akan surat wasiat yang masih dalam simpanannya lalu beliau suruh sepupunya mencetak wasiat ini dan dibahagikan kepada orang lain. Seminggu kemudian beliau berangsur pulih sehingga sekarang.
Banyak lagi contoh orang yang menerima wasiat ini dan tidak mempercayainya dan tidak mengirimkan kepada orang lain dimana mereka mendapat berbagai malapetaka. Setelah mengenangkan kejadian yang menggemberikan dan menyakitkan ini diharap anda jangan lupa menyempurnakan 20 salinan dalam masa 90 jam dari masa anda membaca wasiat ini.
Insya Allah anda akan memperolehi sesuatu yang dihajati dan akan menerima anugerah dari Allah dan berdoalah kepada yang Maha Esa dengan penuh keyakinaan. Pasti ianya akan menerangi hidup anda dengan nikmat ketenangan hidup.

Majlis Fatwa Kebangsaan 1978

Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg). Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh katolik antara tahun 1966-1968 di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.
Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Qurasyi, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967 hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979. Penjaga makam di Madinah ialah: Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Qurasyi (1881 meninggal dunia 1932), anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Qurasyi (1932-meninggal dunia 1934), adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Qurasyi (1934-bersara 1966) dan anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Qurasyi (1967-meninggal dunia 1979).
Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang kawannya. Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad).
Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini adalah “melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini”. (Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil. 7/78/I). Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah, Perak.
Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini “termasuk dalam menyekutukan Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.”.
Lagipun,”surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan SHEIK AHMAD sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda”.
Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini “paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat. Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu
sungguh besar syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sadar si-pengirim”.

Dr. Yusof Al-Qardawi menjawab:

Ramai orang tertanya-tanya tentang wasiat ini. Sebenarnya ia bukanlah perkara baru. Saya telah melihatnya semenjak puluhan tahun dahulu. Wasiat ini dikaitkan dgn seorang lelaki bernama Sheikh Ahmad, pemegang kunci makan Rasullulah s.a.w. Jika kita bertanya kepada penduduk Madinah atau Hijaz tentang Sheikh Ahmad ini dan tugasnya, kita tidak akan dapat mengesannya atau mendengar khabar berita mengenainya. Iannya tidak pernah dikenali dan tidak pernah dilihat oleh penduduk Madinah. Tetapi terdapat orang yang menyebarkan apa yang dikatakan sebagai wasiat ke negara-negara Islam.
Wasiat itu tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi agama. Persoalan yang dikemukakan dalam surat itu tidaklah berhajat kepada wasiat Sheikh Ahmad atau Sheikh Omar. Sesungguhnya Al-Quran dengan jelas telah menyatakan sebahagian daripada itu. Kita sudah ada Al-Quran dan Sunnah, kedua-duanya sudah lebih daripada mencukupi. Allah berfirman dalam Surah Al-Maidah:
“Hari ini Aku sempurnakan bagimu agama kamu (Islam) dan Aku sempurnakan ke atasmu nikmat-Ku serta Aku reda Islam sebagai agama kamu”
Sesiapa yang menyangka bahawa agama Islam, setelah disempurnakan dan dilengkapkan oleh Allah, masih lagi berhajat kepada wasiat orang yang tidak diketahui asal-usulnya, sesungguhnya telah timbul keraguan dan syak di hatinya akan kesempurnaan dan kesyumulan Islam itu.
Terdapat tanda-tanda pembohongan dan kejahatan pada wasiat tersebut. Orang yang melakukannya telah mengancam serta menakut-nakutkan orang ramai, iaitu sekiranya wasiat itu tidak disebarkan, mereka akan ditimpa musibah, kematian anak-anak atau kehilangan harta benda. Inilah yang tidak pernah diucapkan oleh manusia bahkan tidak ada dalam kitab Allah dan sunah Rasul-Nya.
Manusia tidak pernah menerima perintah seperti ‘sesiapa yang membaca Al-Quran hendaklah disalin 25 salinan dan menyebarkannya. Jika tidak melakukan demikian, dia akan ditimpa musibah.’ Maka bagaimana pula dengan wasiat yang khurafat ini?. Perkara ini tentulah tidak dapat diterima oleh akal muslim yang memahami Islam dengan kefahaman yang sebenar.
Wasiat tersebut menyatakan bahawa si fulan dari negeri tertentu yang menyebarkan wasiat itu telah memperolehi puluhan ribu rupiah. Ini adalah usaha untuk menyeleweng dan menyesatkan orang-orang Islam dari jalan yang sebenar. Juga menyelewengkan umat dari sunah alam dan konsep sebab dan musabab yang telah dijadikan Allah sebagai undang-undang alam ini.
Memperolehi rezeki ada cara-caranya. Berpegang kepada. Perkara-perkara khurafat seumpama ini menyelewengkan pemikiran umat Islam. Kita bimbang kalau-kalau umat Islam mempercayai khurafat ini dan menyangka bahawa sesiapa yang menyebarkannya akan mendapat shafaat khusus daripada. Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya shafaat Rasulullah adalah untuk orang-orang yang tidak melakukan dosa-dosa besar di kalangan umat-umatnya sebagaimana sabda baginda dlm sebuah hadis:
“Orang yang paling merasa bahagia dengan syafaatku di hari kiamat adalah orang yang mengatakan “tiada tuhan yang lain daripada Allah” dengan penuh keikhlasan hatinya”

Semoga perkara ini menjadi pengiktibaran kepada kita semua. Sampaikan kepada sahabat-sahabat lain yang tidak mengetahui tentang perkara ini.

2 comments so far

  1. pearl on

    memang bertudung tak semestinya baik.malahan kadang-kadang yang bertudung ambik kesempatan buat jahat dengan harapan orang tak cop dia jahat.terpulang pada dia untuk berniat begitu tetapi sebagai manusia yang sedar akan hikmah di sebalik setiap sesuatu pensyariatan tu kita amalkan yang termampu.dan berdakwah dengan cara yang kita mampu.bertudung tapi baju ketat.nipis.singkat.memang sakit hati memandang.tapi kadang-kadang kita tidak berdaya untuk menegur.dan di sini salah satu cara untuk meluahkan rasa kesal dan disamping berdakwah untuk sesiapa yang terbaca.kuatkanlah semangat wahai insan-insan yang ingin berhjihad.yakinlah allah sentiasa bersama kita.berdakwahlah dengan cara yang kita mampu dan cuba untuk meningkatkan kualiti dakwah itu sama ada secara langsung atau tidak.

  2. shawal on

    Menutup aurat adalah wajib bagi setiap hamba Allah… Tanpa mengira ikhlas atau tidak kerana kewajipan adalah kewajipan…WAJIP….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: