HINDARI KEGELISAHAN HATI


Pada suatu hari, seorang lelaki mendatangi seorang sahabat yg bernama Abdullah ibnu Masu’d. Lelaki itu berkata kpd Abdullah ibnu Masu’d: “Wahai ibnu Masu’d, nasihatilah aku dengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahan hatiku. Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut, tidurku tidak nyenyak dan seleraku hilang.” Lalu Abdullah ibnu Masu’d menjawab: “Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat.
Pertama; ke tempat orang membaca al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya ataupun kamu sekadar mendengar pembacaan orang lain.
Kedua; kamu menghadiri majlis pengajian yg mengingatkan kamu kepada Allah.
Ketiga; kamu mencari satu waktu yg sunyi, contohnya di waktu malam dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadat kepada Allah serta memohon kepadaNya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu.
Jika selepas melakukan kesemua itu jiwamu masih tidak tenteram, mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan hati yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukan hatimu.” Setelah mendengar nasihat Abdullah ibnu Masu’d, lelaki itu pun kembali ke rumahnya. Beliau terus berwudhu’ dan membaca al-Quran dgn penuh khusyuk. Selesai membaca al-Quran, dia mendapati jiwanya berubah menjadi tenang, fikirannya menjadi jernih dan kegelisahannya hilang sama sekali. ketika itu barulaah dia sedar bahawa ALLAH itu maha mengetahui isi hatinya. wallahua’lam.

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.